Kenapa Rasa letih


Kadang - kadang kita tak tahu kenapa kita rasa letih, ada masanya rasa letih sangat. Letih dengan tempat kerja, letih sebab tak kerja, letih sebab tengok rumah yang tak siap - siap, letih tengok semak samun, macam - macam rasa letih yang kadang kala tak patut pun rasa letih. (Apa ntah melalutnya)... huhuhu..

Macam saya letih bila memikirkan keadaan kereta yang tidak siap - siap. Ntah apa masalahnya yang timbul. Pening kepala memikirnya. Mana  taknya.. sikit lagi sampai masa nak pergi ke USM untuk menghadiri kursus intensif. Tapi kereta buat hal. Pomen yang diharapkan memang tak boleh diharap. Terpaksa la cari pomen yang betul - betul boleh diharapkan. Mana taknya kereta semput, bateri tiba - tiba habis, cek alternator ok pula. Manakata mesti ada bersangkutan dengan sistem wiring kereta. Bila kita hantar kereta kita dah tentu kita inginkan kereta kita berada dalam keadaan terbaik, tapi nampak gayanya tidak menjadi kenyataan.

Tak mengapalahkan, mungkin ada hikmah setiap kejadian yang berlaku. Kali ni saya pasrah. tapi bukan bermakna pasrah perlu berserah. Saya pasrah dengan ketentuan Illahi tapi berusaha mencari jalan penyelesaian dengan mencari mekanik yang betul - betul boleh membaik pulih kenderaan.
 
Tarikh kursus Intensif SA 2012/2013 di jadualkan pada tarikh 21 Januari 2013 hingga 07 Februari 2013. Masa yang rasanya tidak lama lagi, terlalu hampir dah. Lupakan seketika soal kereta, ada rezeki adalah. Penumpuan harus diberi perhatian kepada kursus intensif ini, di mana terdapat peperiksaan berterusan dan juga kelas - kelas yang perlu dihadiri.  Selain itu juga Tugasan - tugasan harus di siapkan. Manalah tahu, kalau - kalau intensif nanti jadual padat nanti tak sempat pula menyiapkan tugasan. 

Selain daripada itu, masa intensif peluang untuk bertemu rakan - rakan seangkatan. Jadi dapatlah menghilangkan kerinduan. Hehehe. Kawan - kawan masa intensif memang agak sporting, masing - masing dengan gaya dan gelagat tersendiri mereka. Ini adalah antara rakan - rakan yang sama - sama di USM masa intensif nanti Jen Jen Izaicun dan Fadila Ismail. Selain tu ada blogger bersara Siti Karimah (hehehe), Al murni mior, Wady, abang bad, abang nash, abang Yang, Zek, Razali, Rayyan dan ramai lagi yang namanya tidak dapat disebut disini. hehehe.

Masalah


Sampai satu masa, setiap masalah mesti kita hadapi betul tak?, kita tak dapat lari dari masalah. Kadang - kadang tanpa masalah kita juga bermasalah, tapi kata orang jangan pula kita mencari masalah. Tapi bila menghadapi masalah apa kata dengan tenang kita hadapinya. Mungkin dengan itu kita dapat menyelesaikan masalah. 

Yop masih ingat dulu - dulu, masa tu memang banyak masalah. Beratnya rasa kepala tuhan je yang tahu, makin kita cuba lari dari masalah, makin menjadi - jadi pula datangnya. Jadi Yop telah menenangkan diri. Berfikir dan akhirnya Yop hadapi masalah satu demi satu masalah tersebut. Alhamdulillah Yop berjaya menghadapi semuanya. Pernah selepas tu Yop tak ada masalah, bukan takda langsung tapi takda yang berat - berat. Rasa kosong je jiwa bila tak ada masalah. Sebab tu Yop sambung belajar untuk mengisi kekosongan jiwa gitu. Bila dah sambung adalah masalah, masalah dengan kumpulan, masalah dengan tugasan, masalah dengan peperiksaan. Alahmdulillah sekarang dah masuk tahun 3. Sekarang Tambah lagi satu masalah, fasal kereta, tapi tak apa. nanti Yop akan ikhtiar selesaikan. Walaupun hati dah mula rasa putus asa sedikit. 

Doa Menghadapi Masalah Yang Sulit
اَللّْهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلِتَهُ سَهْلَ وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِذاَ شِئْتَ سَهْلا
“Ya Allah tidak ada kemudahan kecuali pada sesuatu yang Engkau jadikan mudah dan sesuatu yang sulit dan menyedihkan apabila Engkau kehendaki maka Engkau jadikan mudah”

Amin....  Semoga dipermudahkan segala urusan. 


tags: kenapa rasa letih, Doa Menghadapi Masalah

Subscribe to receive free email updates:

4 Responses to "Kenapa Rasa letih"

  1. all the best utk kursus intensif awak..amik pjj ka? xpa,org kata bersakit2 dahulu.bersenang2 kemudian...

    ReplyDelete
  2. @Neesa_jun

    Yup pjj.. tak sabar rasa nak pergi sana ni. cuti 3 minggu.. hehehe

    ReplyDelete
  3. tu la..kdng rase penat..knpe...urmm sbb keje kot..huhu

    ReplyDelete
  4. salam..ambik pjj ye..saya pon pjj USM jugak,,tahun nie final year

    ReplyDelete