Yamaha RXZ 135CC

Hai, apa khabar semua?, kali ni yop nak bercerita mengenai motor pertama yop yang dihadiahkan oleh ayahanda yop selepas yop habis SPMV di Sekolah Teknik Taiping. Motor RXZ yang berkuasa 135cc ini masih lagi dalam simpanan Yop.

Motorsikal ini pada asalnya berwarna merah. Banyak kali RXZ ini bertukar. Sebelum Yop menukar warna motorsikal RXZ ini kepada warna hitam, ianya pernah berwarna merah (warna asal), kemudian Yop cat kepada warna Merah dan Putih, selepas itu Yop juga pernah menukarkan cover set RXZ ini kepada RXZ Catelizer ( betul ke eja ni, Yop hentam je ) hahaha.. Kemudian RXZ ini bewarna putih, sama seperti gambar di atas cuma warna putih dan jalur biru. Sehinggalah ke hari ini RXZ ini telahpun bewarna hitam.

Kenangan Yop bersama dengan motorsikal ni amat banyak sekali, semasa zaman kegemilangan Yop dulu motorsikal ni banyak memberi jasa. Tu sebabnya sayang nak dijual. Nilainya terlalu tinggi bagi Yop. Tapi Yop tak gunakan motor ni untuk merempit sana - sini ye. Maklumlah motor pun orang yang bagi. Hahaha.

Walaupun Yop tidak merempit dengan motorsikal ni, tapi adakalanya Yop juga menunggang dengan laju sedikit. Sedikit je lajunya ye.. Pernah juga lutut ni mencium jalan raya. Walaupun tak seberapa, tapi sakitnya terasa juga. Apabila kecederaan akibat jatuh motor ni, kena pula di lutut memang syahdu gitu. Bagi yang pernah merasai sakitnya, pasti tahu bagaimana azabnya.

Motorsikal Yamaha RXZ ini pernah bersama - sama dengan Yop ketika Yop bekerja kontrak buat jalan selepas SPM dulu, kemudian bersama - sama di Kelantan di Politeknik Kota Bharu sewaktu melanjutkan pelajaran dulu, selepas itu juga sewaktu Yop bekerja sebagai Technician di Ipoh, kemudian di Pulau Pinang sewaktu Yop bekerja dengan sebuah Syarikat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer dan sekarang masih lagi dalam jagaan Yop. Inilah motor Pertama Yop sebelum yop membeli sebuah Motorsikal Skuter Nouvo untuk kegunaan harian. ( Dah malas nak masuk - masuk gear dan tekan klac motor ).

Pun begitu RXZ ini masih dalam jagaan rapi Yop, ada juga yang bertanya pada Yop, ingin membeli motorsikal ini, tapi dengan lembut Yop katakan.. "takpela bang, motor ni tak jual!". Minta maaf banyak - banyak buat abang yang dah aim lama motor ni. Hahaha.. 

Itulah serba sedikit mengenai motor pertama Yop, nanti ada masa Yop nak cerita pulak mengenai kereta pertama yang yop beli!... Enjoy...

tags: RXZ, Yamaha RXZ, Yamaha RXZ 135cc

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Yamaha RXZ 135CC"

Post a Comment