Diet Atkins Foods Fasa 1

Dalam entri sebelum ini Diet Atkins Malaysia dan Yop, kita telah mengetahui serba sedikit mengenai diet atkins ini secara ringkas. Kali ini Yop nak bercerita pula dengan kawan - kawan semua mengenai makanan - makanan semasa membuat diet atkins ini. Apa  yang perlu kita faham diet ini terbahagi kepada beberapa fasa. Kali ini Yop nak bagitahu semua mengenai fasa pertama atau lebih dikenali fasa induction, atau DIET ATKINS INDUCTION 2 WEEKS


di atas ini adalah jadual mengenai makanan - makanan yang boleh dan tidak boleh di makan sepanjang tempoh 2 minggu induksi.Tujuan Minggu induksi ini membolehkan tubuh badan membiasakan diri dengan corak pemakanan yang baru..

Okay untuk 2 minggu ini makanan yang tidak boleh dimakan adalah:-

  • Nasi, mee, mi hoon, laksa kueh teow dan lain-lain.
  • Roti, roti berserat, roti bun, roti bakar dan sebagainya.
  • Gula - semua jenis gula
  • Buah - buahan terutamanya pisang
  • Minumanan bergula, jus buah-buahan, air bergas dan sebagainya.
  • Snek - snek, jeruk manis, makanan ringan.
  • Segala bentuk Kacang, kacang tanah, kacang goreng dan lain - lain.
  • Makanan berproses seperti bebola ikan, sosej, daging burger yang diproses, bebola ayam.
  • Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih - muih dan semua produk bergandum.
  • Sos dan Kicap.
  • Sayuran berkarbohidrat seperti kentang, lobak dan ubi.
  • Produk tenusu seperti yogurt, dadih dan sebagainya.
  • Makanan ringan seperti gula-gula, potato chips, coklat dan sebagainya.
  • Sate yang diperap dengan gula atau madu.

Manakala bagi makanan yang dibenarkan semasa tempoh induksi adalah seperti:-
  • Ayam - semua jenis ayam
  • Ikan - boleh goreng tanpa tepung, steam atau bakar.
  • Daging
  • Udang 
  • Sayuran hijau
  • Keju Jenis cheddar, mozarella, parmesan, dihadkan kepada 2 -3 keping sehari.
  • Air Kosong atau Mineral - 8 gelas sehari atau lebih.
  • Makanan supplement seperti sipurilina dan multivitamin untuk menambah tenaga.
  • Makanan Rumpai laut
  • Makanan yang bergoreng dan berminyak.
Itu adalah antara makanan - makanan yang Yop makan selama minggu induction. Diet Atkins Foods Yop pula ringkas je, sarapan pagi dengan 2 biji rebus, makanan tengahari samada ayam atau ikan goreng dengan sayur dan malam makan Ayam atau daging atau udang  dengan sayur. Apa yang penting minum kena banyak dan cukup..

sekiranya terdapat kemuskilan dan soalan jangan segan - segan tanya.. sama - sama kita belajar. Terima kasih semua

Dari Yop Untuk Kome Semua...

Subscribe to receive free email updates:

1 Response to "Diet Atkins Foods Fasa 1"

  1. terima kasih atas perkongsian. salam perkenalan dari rakan blogger yang baru amalkan diet atkins

    ReplyDelete