Semakan SAPS Ibu bapa

Semakan SAPS ibu bapa boleh dilakukan (di sini). SAPS merupakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Ianya berfungsi sebagai sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.

Bagi ibu bapa yang ingin melakukan semakan boleh memasukkan no. kad pengenalan/ sijil lahir anak dan pilih samada sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Dengan cara ini ibu bapa lebih mudah untuk menyemak prestasi anak. 

Kenapa Yop tiba - tiba bercerita mengenai Semakan SAPS ibu bapa ini?.. Ini disebabkan Yop juga mempunyai seorang anak yang sedang bersekolah rendah. selama hari ini Yop tak sedar. semuanya dah mudah boleh melakukan semakan melalui secara talian atau Online.

Apa yang Yop tau, sistem ini akan memaparkan keputusan keputusan dan markah - markah peperiksaan pelajar, sebagai ibubapa Yop rasa ini lebih senang untuk kita memantau prestasi anak - anak.


Bagi Yop, Yop nak ucapkan banyak - banyak terima kasih kepada guru - guru yang tidak jemu mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna. Selain itu juga Yop mengucapkan terima kasih sebab mengisi keputusan - keputusan peperiksaan supaya dapat membuat semakan SAPS ibu bapa ini.. 

P/S: Terima kasih cikgu, Jasa dan pengorbanan mu tetap di kenang.. :)

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Semakan SAPS Ibu bapa"

Post a Comment