Aksi Nurse Dalam Kereta

Lagi aksi nurse dalam kereta dan tidak bermoral tersebar dilaman sosial. Gambar tersebut menunjukkan seorang jururawat sedang melakukan aksi memalukan di dalam sebuah kereta. Gambar tersebut dipercayai dirakam oleh teman lelakinya yang kemudian tersebar di internet.

gambar nurse
Ini adalah  perkara yang tidak patut dilakukan oleh anak - anak muda pada masa kini. Ianya terjadi mungkin akibat daripada budaya hedonisme yang menjadi pegangan anak - anak muda. Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi keempat, hedonisme membawa maksud pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.


Menurut Berita Harian bertarikh 24 Januari 2013, Hedonisme ialah satu aliran pemikiran yang beranggapan kenikmatan dan kesenangan menjadi matlamat utama kehidupan bagi seseorang. Menurut Dauzan Deriyansyah Praja dan Anita Damayantie, hedonisme adalah pandangan hidup yang menganggap bahawa kesenangan dan kenikmatan material adalah tujuan utama dalam kehidupan

Menurut Mohd. Azhar Abd. Hamid et.al, Dewasa ini dunia telah dilakari oleh pelbagai trend dan paradigma kehidupan bentuk baru. Pascamodenisme yang ditandai arus gelombang peringkat ketiga telah memberi impak yang bukan sedikit dalam kehidupan moral masyarakat khususnya masyarakat Melayu. Nilai-nilai yang dibawah oleh ideologi pascamodenisme menerusi pelbagai medium telah memberi dampak moral-sosial yang amat menakutkan. Hal ini tidak terkecuali meresapi ke dalam jiwa dan jatidiri masyarakat Melayu samada di Bandar mahu pun di luar Bandar. Statistik kebejatan social membuktikan hal ini. Sebut apa jua bentuk perlakuan tidak bermoral – pembunuhan, sumbang muhrim, pelacuran, gangsterisme, alkoholisme, perjudian, vandalisme dan sebagainya – setiap satu daripada amat ramai melibatkan masyarakat Melayu.
 
Menurut Kajian yang dilakukan oleh Haris Abd Wahab, Masalah sosial merupakan satu fenomena yang tidak dapat dielak. setiap hari kita didedahkan dengan jenayah - jenayah dan salah laku di telivisyen dan media - media lain. Budaya hedonisme yang mementingkan keseronokan dan material menjadi masalah yang besar seperti barah. Budaya hedonisme ini membawa kepada:-

  • Penyingkiran Tuhan dalam kehidupan dan kegiatan pembangunan.
  • Manusia dididik dan dilatih untuk menjadi kuda tunggangan pembangunan fizikal dan kebendaan.
  • Kebahagian hidup diukur dari keuntungan kebendaan.
  • Merelatifkan nilai-nilai moral dan akhlak manusia dan pencapaian ekonomi menjadi tumpuan dan pemujaan.
  • Agama tidak berperanan dalam pembangunan
Pengaruh budaya hedonisme ini sangat jelas dalam kalangan masyarakat. Tambahan pula budaya hedonisme ini sangat mudah untuk mempengaruhi golongan muda – mudi.  Pada masa dan ketika remaja terdesak dengan perubahan dan perkembangan globalisasi serta mengalami krisis identiti mengenai baik atau buruk, salah atau benar mereka akan mengenal dunia melalui apa yang ada dipersekitaran termasuk kesan yang terangsang oleh pengaruh media. 

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Aksi Nurse Dalam Kereta"

Post a Comment