Diet Atkins Bulan Puasa ( Ramadhan )

Diet Atkins Bulan Puasa Ramadhan. Walaupun dalam bulan ramadhan yang mulia, kita masih boleh juga untuk berdiet atkins. Tapi pastikan mereka yang berdiet ini meminum air yang cukup untuk memastikan diet anda berjaya, tambahan pula ianya dilakukan dalam bulan ramadhan (puasa) yang mulia.


Asasnya diet Atkins pada bulan puasa adalah sama seperti hari - hari lain, cuma boleh ditambah makan kurma (2 biji) tapi biarlah berpada - pada kan..  jadi untuk mereka yang berpuasa berikut adalah menu bagi bulan ramadhan ataupun hari - hari yang lain anda mengerjakan puasa sunat mahupun puasa ganti..

Menu Sahur

Menu 1
2 ketul ikan/ayam (goreng)
1 telur rebus
sayur tumis

Menu 2
2 ketul ayam (bakar)
telur dadar
secawan sayur (goreng)

Menu 3
Sup daging Semangkuk
Nugget Atkins (4 ketul)
Sayur (tumis/goreng)

Menu 4
Ikan dan Ayam Goreng
2 Cawan sayur
Telur rebus

Di atas adalah menu untuk bersahur manakala untuk berbuka adalah seperti dibawah:-

Menu 1
Sup daging/ ayam
telur dadar
sayur goreng

Menu 2
2 biji telur (goreng/ rebus)
1 atau 2 ekor ikan
Sayur goreng

Menu 3
Telur dadar
Ayam / ikan (bakar)
Sup sayur

Menu 4
2 batang Sosej (goreng) - tidak digalakkan untuk fasa 1 (makanan berproses)
2 ketul ayam (rebus / goreng )
Secawan sayur

Nota
Jangan lupa untuk minum cukup air masak untuk bekalan tenaga tubuh badan. Untuk keterangan Lanjut boleh klik Disini

Bagi mereka yang berpuasa, yop ucapkan selamat berpuasa dan berbuka. Jom kurus sebelum raya. Pesanan Yop.. pastikan minum air cukup...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Diet Atkins Bulan Puasa ( Ramadhan ) "

Post a Comment