Resepi Diet Atkins PDF

Assalamualaikum semua. Apa khabar pagi ni? Sihat? hari ini Yop nak kongsikan resepi untuk diet atkins ni. Tapi kali ini Yop nak kongsikankan dalam bentuk PDF. Antara resepi - resepi yang terdapat dalam bentuk PDF ini adalah beberapa jenis resepi yang dikongsi oleh rakan - rakan kita di kelab atkins Malaysia. 

Bagi yang menggemari Nugget Ayam boleh lihat resepi tersebut disini. Dalam kita mengamalkan diet atkins ini, kita perlu mengetahui kesesuaian tubuh badan kita, sama ada sesuai atau tidak untuk melakukan diet ini. Oleh itu Yop berharap pada semua untuk melakukan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu untuk melihat kondisi kesihatan kita. Ianya untuk memudahkan kita memahami keperluan diet tersebut. 

resepi diet atkins

Begitu juga dengan perlunya untuk memahami Fasa - fasa dalam diet atkins ini. Ini kerana sekiranya anda faham setiap fasa ianya akan memberikan keputusan yang lebih efisen terhadap tahap penurunan berat badan anda. 

Selain itu juga anda juga perlu memahami apa itu KETOSIS, Ini akan Yop ceritakan dalam entry post yang lain, bagaimana mengetahui kesan - kesan ketosis, tanda - tanda ketosis dan lain - lain juga. Bagi Yop diet atkins ini bukan sekadar menukar pola makanan harian kita tapi menukar gaya hidup kita. Boleh Yop katakan daripada seorang yang tidak menjaga soal makanan kepada seorang yang menitik beratkan soal makanan, dari seorang yang tidak aktif kepada seorang yang suka bersukan. 

Disamping itu juga Yop telah berjaya berhenti merokok, kesan dari gaya makanan, gaya hidup yang sihat Yop telahpun berhenti merokok. Baguskan. Apa yang penting adalah semangat untuk berubah. Dari seorang yang mempunyai berat badan yang lebih kepada berat badan yang ideal. Oleh itu kuatkan semangat. Jangan pernah putus asa.  Teruskan usaha untuk mendapatkan berat badan yang ideal dan gaya hidup yang sihat..

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Resepi Diet Atkins PDF"

Post a Comment