Thin crust atkins pizza

Resepi diet atkins Thin Crust atkins pizza. Assalamualaikum tuan - tuan, puan - puan, tuan - tuan muda dan Cik Puan semua. Harap dalam keadaan sihat dan cergas dalam meniti kehidupan seharian. Hari ini Yop  nak kongsikan resepi untuk membuat  thincrust pizza...
lg selamat utk semua fasa...




Thin crust atkins pizza



Bahan - bahan
  • 3 - 4 biji telur (dipukul)
  • isi ayam / daging/udang potong kecil - kecil
  • 1/2 biji bawang besar potong dadu
  • daun sup dan daun bawang
  • 1/2 batang lada merah potong halus - halus
  • sikit lada benggala potong dadu (optional)
  • sayur ikut suka potong kecil - kecil
  • 1/2sd kecil serbuk kari (optional)
  • garam
  • serbuk lada hitam dan lada putih
  • sikit mayo homemade / kewpie
  • 20gm cream cheese
  • sikit mozarella cheese

cara - cara memasak
pukul telur dan cream cheese letakkan kedalam dlm non stick pan bakar api bawah sahaja, dalam 5-10 min keluarkan telur yang separuh masak tadi dan taburkan bahan - bahan  yang di potong kecil - kecil tadi atas telur separuh masak kemudian tabur mozarella cheese, dan bakar lagi api atas bawah sehingga masak.

Sumber: Kelab diet atkins Malaysia

Subscribe to receive free email updates:

1 Response to "Thin crust atkins pizza"

  1. akak, bakar ni kire kena letak dlm oven or just letak atas api je? kalo dlm over, brpa degree temperature ek and brpa lama? thank youuu in advanceee

    ReplyDelete